Kerajaan negeri Perak komited memperkasa Orang Kurang Upaya, OKU menerusi pelbagai cabang kemahiran di bawah Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) OKU.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Ahmad Saidi Mohamad Daud program berkenaan diadakan bagi menyediakan peluang sama rata terhadap golongan itu.